Kelas Kesedaran Keselamatan Akaun & Data Pemain E-Sukan
16 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mei 2026, seorang peserta telah menonton video Kelas Kesedaran Keselamatan Akaun & Data Pemain E-Sukan melalui platform LMS Esport. Video pembelajaran ini dijalankan bagi memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan menjaga keselamatan akaun permainan serta melindungi data peribadi ketika terlibat dalam aktiviti e-sukan dan penggunaan platform digital.
Dalam sesi tersebut, peserta telah didedahkan kepada beberapa perkara penting berkaitan keselamatan akaun dan data pemain. Antaranya ialah kepentingan akaun pemain yang mempunyai nilai dan kepentingan tersendiri, sama ada dari segi pencapaian permainan, maklumat peribadi mahupun pembelian dalam permainan. Peserta juga diberi penerangan mengenai kepentingan melindungi data peribadi daripada disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Selain itu, peserta turut mempelajari mengenai risiko scam, penipuan dalam talian, dan kecurian akaun yang semakin meningkat dalam kalangan pemain e-sukan. Sesi ini juga menekankan bahawa kecuaian kecil seperti berkongsi kata laluan, menggunakan pautan mencurigakan, atau tidak mengaktifkan ciri keselamatan boleh membawa kesan besar terhadap keselamatan akaun dan data pemain. Fokus utama modul ini adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran peserta mengenai amalan keselamatan digital, langkah perlindungan akaun, serta kepentingan menjaga data pemain e-sukan dengan lebih selamat dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: